Usin : Ayah aku punya la tinggi. Kalau nak ambik buah nyior, tak payah pakai galah. Dia hulur ambik dengan tangan saja.
Usop : Ayah aku lagi tinggi! Tiap-tiap kali dengar kapal terbang walaupun dok jauh lagi, dia kena tunduk dah. Pasai kalau tak tunduk, nanti kapalterbang tu tersangkut kat kepala ayah aku.
Meli : Ayah hampa tak boleh lawan ayah aku! Ayah aku tinggi lagi. Kalau dia berjalan, tak boleh deras pasai kepala dia dok tersangkut awan.
Saad : Macam mana ayah hang tau, kepala dia tersangkut awan?
Meli : Pasai... kepala ayah aku tu botak. Tak dak rambut. Jadi bila terkena awan, dia rasa lembut..... sejuk pun...
Saad : Yang sejuk lembut tu bukan awan! Kalau hampa nak tau, tu lah telor ayah aku. Kepala ayah Meli sebenarnya terkena telor ayah aku!
(Kiriman : Megat Dewa)
Rabu
Lawak 5 - Ayah dah balik?
Amin terkejut jaga di tengah malam lalu menangis hendakkan susu. Seperti biasa ibunya memujuk dengan memberikannya susu badan. Amin pun berhenti menangis apabila puting susu ibunya disumbat ke mulut.
Belum pun menghisap, Amin melepaskan puting dan bertanya.
"Ayah dah balik?"
"Tak! Kan ayah Amin kerja malam?" jawab Si emak.
"Emak tipu! Ayah dah balik!"
"Isy budak ni! Mana Amin tau ayah balik?" balas Si emak.
"Amin tau la! Ada bau rokok kat puting ni!"

Selasa
Lawak 4 - Beranak tempat yang sama
Di satu Pusat Penempatan Banjir baru-baru ini, terdapat seorang ibu yang sedang sakit untuk mengandung. Oleh sebab Pusat tersebut terputus hubungan dan malam pula agak lewat, maka ibu itu tidak dapat dibawa ke hospital. Oleh kerana sudah terdapat tanda-tanda untuk kelahiran, ibu itu pun ditempatkan disebuah bilik khas.
Keadaan menjadi kelam-kabut kerana beberapa orang perempuan yang ada, tidak tahu berbuat apa-apa kerana tiada pengalaman dalam membantu ibu bersalin. Kebetulan seorang mangsa banjir yang ditempatkan di situ, terdapat seorang pesara (lelaki) yang dulunya pernah berkerja dengan hospital. Maka lelaki itu pun diminta membantu ibu tersebut.
Dipendekkan cerita, ibu itu pun berjaya melahirkan anaknya dengan selamat dan disambut gembira oleh sekelian yang ada. Tetapi peliknya, ibu itu kemudian menangis dengan kuat dan tidak berhenti-henti.
Bila ditanya kenapa menangis, ibu itu memberitahu bahawa dia merasa malu kerana dibidankan oleh seorang lelaki.
Maka pujuk lelaki itu, "Tak payahlah awak nak malu! Dua tahun sudah, saya juga membidankan seorang ibu di Pusat Banjir begini!"
Tiba-tiba semakin kuat ibu itu menangis. Katanya, "Malu! Malu! Yang itu pun.... saya jugak!!!"
(Kiriman : Tok Ngah Chin)

Lawak 3 - Orang Gila Tak Boleh Percaya.
Seorang pesakit jiwa tiba-tiba melarikan diri dari sebuah hospital. Apabila terjumpa sebatang pokok kelapa di luar hospital, lelaki itu terus memanjatnya. Beberapa orang kakitangan hospital yang tiba kemudiannya memujuk supaya lelaki itu turun. Namun lelaki itu tidak juga mahu turun.
Keadaan menjadi kelam-kabut. Beberapa agensi seperti polis, bomba dan Rela turut dipanggil untuk membantu menangkap pesakit tersebut.
Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesar suara menyuruh lelaki itu turun dan polis akan menembak jika dia enggan turun. Namun lelaki itu masih enggan turun. Malah lelaki itu beraksi seolah-olah mahu terjun apabila ada yang cuba mendekati pokok kepala yang dipanjatnya. Usaha untuk memujuk lelaki itu gagal.
Sebentar kemudian seorang kakitangan hospital datang dengan membawa seorang lagi pesakit jiwa. Mereka ini ditempatkan di wad yang sama.
Kakitangan hospital meminta pistol dari seorang anggota polis, lalu diberikan kepada pesakit yang baru datang. Pesakit itu kemudian mengacukan pistol kepada rakannya yang di atas pokok kelapa.
"Baik hang turun! Kalau tak turun aku tembak!"
Lelaki itu terus turun dari pokok kelapa dan dia kemudiannya diberkas oleh beberapa orang polis. Pegawai polis tadi bertanya, "Kenapa masa saya bagi amaran tadi kamu tak ikut. Tapi bila kawan awak suruh, awak boleh ikut?"
"Sebab saya tau, polis tak kan tembak saya. Tapi kalau kawan saya ni, dia gila. Orang gila tak boleh harap. Dia tembak betul."

Lawak 2 - Nak Beli Kereta Rosak.
Sewaktu minum di sebuah kedai kopi, Usop memberitahu hasrat untuk menjual keretanya.
"Berapa harga hang nak jual?" tanya Keria.
"Kereta aku tu buruk. Nak jual mahal-mahal tak laku."
"Habis tu berapa harga yang hang nak jual?"
"Lima ribu saja!" jawab Usop.
"Lima Ribu? Awak murah sangat?" tanya Keria.
"Kereta aku tu dah tua! Rosak tak berhenti!" jawab Usop.
"Rosak tak berhenti???" jampuk Keria. "Kalau macam tu... hang jual kat akulah?"
"La... hang nak beli buat apa? Kereta aku tu rosak tak berhenti! Sat ni kot hang tak larat nak perbaik!" terang Usop.
"Kalau kereta hang rosak tak berhenti, baguslah pasai boleh jalan lagi. Yang aku selalu dok dengar, kereta rosak tak boleh jalan dah! " Balas Keria.

Lawak 1 - Sembahyang Tengah Jalan
Pak Awang dan keluarga hendak ke Kuala Lumpur menziarahi anak sulungnya. Pagi itu mereka semua bangun awal. Mereka akan bertolak sesudah sarapan.
Setelah bini dan semua anak-anak selesai bersiap, mereka pun menaiki kereta. Pak Awang sendiri yang akan memandu kereta tersebut.
Sambil menghidupkan enjin kereta, Pak Awang bertanya? "Semua dah ok ka?"
"Dah!" jawab bininya yang duduk di bahagian depan.
"Tak dak apa yang tinggal?"
"Tak ada. Semua ok!" jawab lagi bininya.
"Hang Usin! Bawa keluar siap-siap kain pelikat!" kata Pak Awang pada anak lelakinya.
Usin terkejut berok, tak faham maksud ayahnya. "Buat apa dengan kain pelikat?"
"Tengah jalan sat ni, kita nak berhenti sembahyang!" bagitau Pak Awang agak kuat.
"Ooo tak maulah! Tak mau! Ayah sembahyang sorang sajalah!" balas Usin terketar-ketar macam kambing lokos kena hujan.
"Isyh budak ni! Tak kan nak pi Kuala Lumpur tak mau sembahyang kot?" serengiang Pak Awang.
"Bukan tak mau. Tapi kalau nak berhenti sembahyang tengah jalan, nak bagi mati kena langgar kereta?? Ooo tak mau la!!" terang Usin dengan muka selamba.
Bini Pak Awang tergelak sakan. Anak-anak Pak Awang yang lain jugak tergelak sampai terhinggut kereta.
Sekali lagi Pak Awang menghidupkan enjin kereta yang sudah pun hidup.

Langgan:
Catatan (Atom)