Selasa

Lawak 4 - Beranak tempat yang sama

Di satu Pusat Penempatan Banjir baru-baru ini, terdapat seorang ibu yang sedang sakit untuk mengandung. Oleh sebab Pusat tersebut terputus hubungan dan malam pula agak lewat, maka ibu itu tidak dapat dibawa ke hospital. Oleh kerana sudah terdapat tanda-tanda untuk kelahiran, ibu itu pun ditempatkan disebuah bilik khas.
Keadaan menjadi kelam-kabut kerana beberapa orang perempuan yang ada, tidak tahu berbuat apa-apa kerana tiada pengalaman dalam membantu ibu bersalin. Kebetulan seorang mangsa banjir yang ditempatkan di situ, terdapat seorang pesara (lelaki) yang dulunya pernah berkerja dengan hospital. Maka lelaki itu pun diminta membantu ibu tersebut.
Dipendekkan cerita, ibu itu pun berjaya melahirkan anaknya dengan selamat dan disambut gembira oleh sekelian yang ada. Tetapi peliknya, ibu itu kemudian menangis dengan kuat dan tidak berhenti-henti.
Bila ditanya kenapa menangis, ibu itu memberitahu bahawa dia merasa malu kerana dibidankan oleh seorang lelaki.
Maka pujuk lelaki itu, "Tak payahlah awak nak malu! Dua tahun sudah, saya juga membidankan seorang ibu di Pusat Banjir begini!"
Tiba-tiba semakin kuat ibu itu menangis. Katanya, "Malu! Malu! Yang itu pun.... saya jugak!!!"

(Kiriman : Tok Ngah Chin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan