Selasa

Lawak 3 - Orang Gila Tak Boleh Percaya.

Seorang pesakit jiwa tiba-tiba melarikan diri dari sebuah hospital. Apabila terjumpa sebatang pokok kelapa di luar hospital, lelaki itu terus memanjatnya. Beberapa orang kakitangan hospital yang tiba kemudiannya memujuk supaya lelaki itu turun. Namun lelaki itu tidak juga mahu turun.
Keadaan menjadi kelam-kabut. Beberapa agensi seperti polis, bomba dan Rela turut dipanggil untuk membantu menangkap pesakit tersebut.
Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesar suara menyuruh lelaki itu turun dan polis akan menembak jika dia enggan turun. Namun lelaki itu masih enggan turun. Malah lelaki itu beraksi seolah-olah mahu terjun apabila ada yang cuba mendekati pokok kepala yang dipanjatnya. Usaha untuk memujuk lelaki itu gagal.
Sebentar kemudian seorang kakitangan hospital datang dengan membawa seorang lagi pesakit jiwa. Mereka ini ditempatkan di wad yang sama.
Kakitangan hospital meminta pistol dari seorang anggota polis, lalu diberikan kepada pesakit yang baru datang. Pesakit itu kemudian mengacukan pistol kepada rakannya yang di atas pokok kelapa.
"Baik hang turun! Kalau tak turun aku tembak!"
Lelaki itu terus turun dari pokok kelapa dan dia kemudiannya diberkas oleh beberapa orang polis. Pegawai polis tadi bertanya, "Kenapa masa saya bagi amaran tadi kamu tak ikut. Tapi bila kawan awak suruh, awak boleh ikut?"
"Sebab saya tau, polis tak kan tembak saya. Tapi kalau kawan saya ni, dia gila. Orang gila tak boleh harap. Dia tembak betul."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan